Laman Utama Mengenai Kami    
 


TADIKA

Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Tadika 1

JAA K1 JIJ K1 JPK K1 JASU1

Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Tadika 2

JAA K2 JIJ K2 JPK K2 JASU K2

Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah mengandungi tujuh jaluran iaitu Aqidah, Akhlak, Intelektual, Jasmani, Perhubungan, Kehidupan dan Alam Sekitar. Dalam siri ini, pembelajaran Tauhid, Akhlak, Fiqh dan Sirah digabungkan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan pula mengajak anak didik memikirkan mengenai diri mereka, persekitaran mereka, dan maksud disebalik kejadian setiap hari. Dalam memahami Islam diselitkan kegiatan bersama keluarga kerana dengan demikian seisi keluarga dapat menghidupkan Islam dalam keluarga masing-masing. Siri buku ini amat sesuai untuk anak-anak dalam peringkat umur empat hingga enam tahun.

 

Bahasa Arab & Iqra Tadika 1 & Tadika 2

BAI KBPS 1 BAI KBPS 2    

Buku Bahasa Arab dan Iqra menggunakan pendekatan komunikatif (communicative approach). Pendekatan ini merupakan cara penguasaan bahasa secara semula jadi yang mudah dan berkesan. Sukatan buku ini berdasarkan pendekatan tematik (thematic approach). Perbualan dalam setiap tema sangat berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelajar juga telah dimuatkan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran agar tidak terlalu berpusatkan guru. Isi kandungan buku ini dipermudahkan mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar nurseri iaitu dalam peringkat umur empat hingga lima tahun.



 

Laman ini ialah hak cipta Darul Andalus Pte Ltd - 2012