Laman Utama Mengenai Kami    
 


Mengenai Kami

Darul Andalus Pte Ltd ( Darul Andalus ) didaftarkan pada 31hb October 2000. Aktiviti utama Darul Andalus ialah dalam penerbitan dan pengedaran buku Islam yang berkualiti. Kini, syarikat memberi tumpuan kepada penerbitan buku-buku untuk pendidikan Islam bagi pelajar-pelajar peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah.

Dewasa ini Darul Andalus membekalkan buku-buku teks dan latihan kepada lebih kurang 35 institusi pendidikan Islam seperti madrasah masjid, JHD, Pertapis dan syarikat swasta. Pihak institusi mempunyai dua pilihan samada untuk :

menjual sendiri buku-buku tersebut atau mendapatkan khidmat Darul Andalus untuk membuat penjualan. Khidmat penjualan yang dilakukan oleh Darul Andalus adalah percuma. Kami menggunakan sistem POS ( Point of Sale ) untuk melancarkan proses penjualan.

Disamping itu kami juga menyediakan buku-buku pendidikan selain buku teks dan latihan. Buku-buku tersebut seperti psikologi pendidikan, kemahiran mendidikan anak, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan lain-lain.



 

Laman ini ialah hak cipta Darul Andalus Pte Ltd - 2012