Solat Asas & Lanjutan
Buku Solat, Panduan Praktikal (peringkat asas dan lanjutan) menggunakan pendekatan bergambar,
serta penerangan yang jelas dan komprehensif. Kandungan buku dibahagikan kepada dua bahagian
utama iaitu cara berwuduk dan solat. Peringkat lanjutan ditambah dengan maklumat mengenai cara
bersuci dan solat dalam pelbagai keadaan darurat. Selain itu, nas-nas al-Quran dan hadis juga
disertakan sebagai pengukuhan fakta. Penyampaian dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) memudahkan
kefahaman pembaca dari latar belakang yang berbeza. Buku ini sesuai bagi semua peringkat umur yang
ingin mengukuhkan kefahaman mengenai cara berwuduk dan solat.
|