| 
	       
	        Kami adalah penerbit dan pengedar buku-buku teks dan latihan agama serta pelbagai jenis sumber pendidikan. Buku-buku kami diterbitkan setelah melalui proses perancangan dan penilaian yang rapi dan mendapat nasihat pakar dalam bidang berkenaan. 
	        
  
	        Kami menyediakan buku-buku dari peringkat pra-sekolah hingga menengah dan meliputi pelbagai disiplin agama seperti Fiqh, Tauhid, Akhlak, Sirah, Tajwid dan lain-lain. Selain itu, kami juga mengeluarkan bahan-bahan bacaan seperti buku cerita kanak-kanak, kamus tematik dan buku sastera seperti novel dan antologi cerpen dan puisi.
	        
  
	        Dalam usaha memanfaatkan tren teknologi yang berkembang pesat, sebahagian buku-buku kami kini boleh didapati dalam bentuk elektronik   (e-book). Semoga kita dapat meraih manfaatnya bersama. InsyaAllah. 
	        
  
	        Terima kasih kerana mengunjungi lelaman kami. 
	       
	       
	      
	       |