Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu
Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Nurseri mengandungi tujuh jaluran iaitu Aqidah, Akhlak, Intelektual, Jasmani, Perhubungan, Kehidupan dan Alam Sekitar.
Dalam siri ini, pembelajaran Tauhid, Akhlak, Fiqh dan Sirah digabungkan.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan pula mengajak anak didik memikirkan mengenai diri mereka, persekitaran mereka, dan maksud disebalik kejadian setiap hari.
Dalam memahami Islam diselitkan kegiatan bersama keluarga kerana dengan demikian seisi keluarga dapat menghidupkan Islam dalam keluarga masing-masing.
Siri buku ini amat sesuai untuk anak-anak dalam peringkat umur empat hingga enam tahun.
|