Tamhid 1 dan Tamhid 2 & Juz Amma
Buku Cara Belajar al-Quran Sistem Iqra menggunakan pendekatan fonetik dan dimulai dengan mempelajari
sebutan huruf-huruf yang mudah. Sistem Iqra ini memberi penekanan kepada bunyi huruf, makhraj dan juga
panjang-pendek sesuatu sebutan. Selain dari itu, aktiviti ulangan dan pengukuhan turut disediakan untuk
membantu melancarkan bacaan pelajar dari masa ke masa. Saiz tulisannya yang besar memudahkan seseorang
untuk mempelajari dan mengikutinya dengan lebih baik. Buku ini amat sesuai bagi kanak-kanak atau pelajar
dewasa yang ingin belajar membaca al-Quran pada peringkat awal. |